kebaikan & Kesan Memakan Coklat

               

            
            Sejak turun temurun, coklat telah digunakan dalam penyediaan pelbagai jenis makanan dan minuman digemari oleh semua peringkat umur daripada segenap lapisan masyarakat di seluruh dunia. Pada zaman dahulu hanya orang yang berada dapat emnikmati coklat. Pada masa itu, coklat ialah makanan yang dikhaskan untuk raja-raja, perwira dan pembesar Negara. Kini, coklat yang dihasilkan daripada buah koko semakin berkembang dan menjadi sumber ekonomi kepada banyak negara.

          Coklat mempunyai kandungan serat yang tinggi, karbohidrat, antioksidan, kalsium fosfat dan vitamin A,B,C dan D. mengikut kajian sains, pengambilan coklat dapat melegakan otot. Namun demikian, sekiranya diambil secara berlebihan, coklat boleh menyebabkan otot menjadi terlalu rehat  sehingga asid perut mudah masuk ke dalam esophagus, iaitu bahagian saluran makanan yang terletak diantara tekak dengan perut. Keadaan ini boleh mengakibatkan kecederaan dalaman kepada manusia. Hasil penyelidikan pula mendapati bahawa coklat dapat memberikan perasaan gembira yang amat sangat kepada pemakannya. Perasaan gembira dapat dirasai ketikacoklat mencair di dalam mulut.
            Hasil kajian mendapati mahawa ketika memakan coklat, aromanya mampu merehatkan minda seseorang. Disamping itu, pengambilan coklat juga dapat menimbulkan perasaan relaks kerana bahan kimia teobromina yang terdapat dalam coklat boleh memberikan rangsangan psikologi seolah-olah diri sentiasa bertenaga. Walau bagaimananpun, bahan kimiayang memberikan kesan relaks kepada manusia itu boleh menjadi racun kepada banyak haiwan peliharaan seperti kucing, anjing dan kuda. Hal ini terjadi kerana haiwan peliharaan tidak mempunyai system pengahadaman yang dapat melakukan proses penguraian terhadap bahan kimia tersebut.
            Manfaat lainnya ialah coklat mampu melanjutkan usia seseorang yang selalu memakannya. Kajian mendapati bahawa sekiranya manusia mengunyah coklat tiga kali sebulan, mereka diramalkan dapat hidup setahun lebih lama daripada orang yang tidak memakan coklat langsung. Selain itu, coklat boleh mengurangkan risiko serangan strok kerana fungsinya yang dapat mencairkan darah dan mengelakkan darah daripada membeku di dalam jantung. Penghidap asma juga digalakkan supaya memakan coklat untuk melegakan saluran pernafasan di dalam paru-paru. Kandungan bahan kimia dalam coklat yang diambil juga sesuai untuk melegakan batuk.  Namun begitu, manusia perlu berhati- hati kerana pengambilan coklat yang berlebihan boleh mengakibatkan obesiti.

NoTa KaKi > entry iera tade laa hebat mana