Kasyah bersama rakan sekumpulannya, Sapi, Man dan Cin merupakan budak nakal yang sering membuat onar dan terkenal kerana sering dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan. Namun, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru, Sidaratul Dursina atau lebih dikenali dengan Ayu. Ayu telah benar-benar menambat hati dan perasaan Kasyah, membuat dia jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia. Tiba masanya Kasyah perlu melakukan tugasnya kajian tesisnya ke pedalaman. Kasyah berpisah sementara dengan Ayu. Azmi yang pernah mengecewakan Ayu, kini muncul kembali menagih cinta dari Ayu.
Azmi hampa bila Ayu menolak permintaannya. Melalui ibu Ayu, Mak Leha, Azmi merencanakan sesuatu untuk membolehkannya bernikah dengan Ayu. Melalui perancangan Azmi, Mak Leha berpura-pura sakit jantung dan tidak boleh kerisauan. Ayu yang serba salah terpaksa menerima Azmi dalam hidupnya, kerana bimbangkan keadaan ibunya. Ayu berkahwin dengan Azmi. Kasyah kecewa. Kebahagiaan yang diharapkan tidak menjelma.
Azmi kembali pada tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki perempuan dan sering membelasah Ayu. Suatu malam, mereka berdua bergaduh besar. Ayu yang dipukul bertindak melarikan diri dengan kereta. Ketika memandu dalam keadaan trauma dan emosi, Ayu hilang kawalan lalu kemalangan. Ayu cedera parah. Mukanya hancur. Azmi menuntut maaf tapi Ayu sebaliknya menuntut cerai dan minta wajah yang baru. Episode baru hidup Ayu pun bermula. Ayu yang kini berwajah baru tampil sebagai Emilia. Ayu ingin memulakan hidup baru dan melupakan episod dukanya.
Ayu/Emilia, menubuhkan syarikat melalui wang simpanan dan pampasan dari Azmi. Melalui kawannya, Suzana, Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk bekerja dengan syarikat Emilia. Kasyah yang pada mulanya tidak menyangka apa-apa, mula mengesyaki sesuatu setelah baru bekerja. Melalui Suzana juga Kasyah mengetahui segalanya tentang Ayu/Emilia. Hubungan mereka kembali bertaut. Azmi yang sakit hati cuba menggagalkan hubungan itu kembali. Azmi sekali lagi meminta bantuan Mak Leha untuk memujuk Ayu/ Emilia.
Semasa dirumah Emilia, Azmi telah memukul Emilia dihadapan Mak Leha sehingga Emilia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Emilia cedera parah di kepala dan hilang ingatan. Berbagai cara dilakukan oleh Kasyah dan Mak Leha untuk memulihkan ingatan Ayu namun belum berhasil. Emilia yang semakin pulih, akhirnya mengahwini Kasyah. Kebahagiaan yang diharapkan Kasyah tidak kekal lama. Ayu/Emilia meninggal dunia ketika melahirkan anak milik Kasyah. Kasyah menamakan anaknya Athirah.